Tuesday, July 21, 2009

a copy and paste..

saw this letter written by one of my favorite bloggers and i just had to cut and paste his article here to share..but i am putting just a bit of it here though. for his full rebuttal to chedet's article, please click on this link to his blog..

Kehadapan Tun Mahathir,

Saya merujuk kepada artikel Tun bertajuk “Kaki Dalam Kasut” yang ditulis pada 20 Julai 2009 di laman web Tun. Izinkan saya berkongsi pendapat saya berkenaan apa yang ditulis oleh Tun.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan “ketidakadilan” terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

Orang bukan Melayu mempunyai alasan yang kukuh untuk berasa amat tertekan dan kecewa dengan ketidakadilan terhadap mereka di Malaysia. Malah bumiputera bukan Melayu khususnya orang Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak juga berkongsi perasaan yang sama kerana mereka turut tidak diberikan layanan yang sama seperti orang Melayu sedangkan mereka merupakan penduduk asal negara ini. Berapa banyakkah individu bumiputera bukan Melayu yang diterima masuk dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas?

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

Tun, kata kunci di sini ialah ‘yang termiskin dan ketinggalan’ dan itu tidak mengira kaum Melayu atau bukan Melayu. Sekiranya bantuan diberikan kepada mereka yang berhak tanpa mengira kaum, warna kulit dan agama dan didapati majoriti yang miskin adalah orang Melayu, ianya akan diterima baik.

Tiada sesiapa akan mempersoalkan dasar sedemikian. Tetapi adalah salah untuk membuat dan memperalatkan sesuatu dasar yang memberikan keutamaan kepada sesuatu kaum tanpa mengira taraf hidup dan keperluan. Malah jika sesuatu dasar itu dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan dan merit, majoriti orang Melayu secara automatis yang akan mendapat manfaatnya.

Sudah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan dan masih yang banyak orang Melayu yang miskin dan ketinggalan. Bukankah ini memberi petunjuk bahawa DEB telah gagal dalam perlaksanaannya dan sesuatu yang drastik perlu dilakukan? Jurang antara yang miskin dan kaya semakin bertambah, di mana kekayaan hanya tertumpu kepada sekumpulan individu Cina, India dan Melayu?

Dan dengan menggunakan hujah individu-individu paling kaya di Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang bukan Melayu, Tun beranggapan adalah patut untuk meneruskan DEB dengan memberikan keutamaan kepada orang Melayu dan menghukum orang bukan Melayu yang miskin dan ketinggalan? Bukankan intipati asal DEB adalah untuk membantu semua yang miskin dan memerlukan pertolongan ekonomi tanpa mengira kaum? Sejak bila DEB itu khusus untuk orang Melayu sahaja?

Oh ya, bukankah mengikut kajian antropologi dan sejarah, kebanyakan orang Melayu di Malaysia dan nenek moyang mereka sebenarnya berasal dari dari Indonesia, Thailand dan India? Malah China? Jadi negara nenek moyang mereka sepatutnya bukan Malaysia, sama seperti saya? Contohnya, Tun sendiri, Khir Toyo dan Syed Hamid Albar?

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Apakah dengan adanya DEB sepanjang 3o lebih tahun ini, orang Melayu sudah maju dalam erti kata sebenarnya dan tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang? Pernahkan direnungkan bahawa bilangan orang Melayu yang maju dan tidak ketinggalan sudah bertambah adalah disebabkan pengurangan aras pengukur atau ’standard’ serta pemberian kuota oleh kerajaan bagi membolehkan mereka diterima masuk menyertai bidang-bidang tertentu? Apakah ini boleh dianggap sesuatu pencapaian yang membanggakan? Bukankah ini menipu diri sendiri?

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

Apakah amat penting untuk orang Melayu dan bukan Melayu yang semuanya rakyat Malaysia berebut-rebut menjadi tuan yang sebenar? Mengapa PEMIMPIN-PEMMPIN POLITIK Melayu seperti Tun begitu taksub dengan misi untuk menjadi ‘tuan’? Tun hampir betul dengan mengatakan (SEGELINTIR) orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar walaupun sudah 30 tahun DEB diperalatkan untuk memberi keutamaan kepada orang Melayu. Persoalannya, mengapa ini boleh berlaku?

Orang Melayu memegang tampuk pemerintahan melalui Umno. Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam perniagaan, ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan dsb. melalu DEB, tetapi yang masih menjadi tuan adalah segelintir orang bukan Melayu? Mengapa ini boleh berlaku? Bukankah itu sesuatu yang pelik dan aneh? Sedangkan yang berkuasa adalah orang Melayu dan dasar-dasar melibatkan sektor-sektor penting memberikan keutamaan kepada orang Melayu?

Dan Tun, sila perbetulkan kenyataan ‘orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar’ dengan menambah ’segelintir’. Saya orang bukan Melayu dan saya langsung tidak merasakan diri saya adalah tuan.


to say that i am very impressed would be an understatement. i only wish that more of us could put in writing frequently what we have always felt very deeply about, as clearly and succinctly as he had done, so that no assumptions are continuously being made to justify for all the excesses that we have witnessed for a such a long time...excesses to benefit those of the elite, at the expense of the rakyat..

..to read the rest of of this great rebuttal, please proceed to : http://bongkersz.com/surat-terbuka-kepada-tun-mahathir. (there is also now an english translation to this text if u prefer to read in that medium)





2 comments:

bongkersz said...

Thanks for pimping my post Jeff! Much appreciated!!

Unknown said...

but...but i didn't make any money off it wor..

:)

cyanide & happiness

Cyanide and Happiness, a daily webcomic
Cyanide & Happiness @ Explosm.net

the time now is..


traffic


View My Stats




forever & ever..

forever & ever..
in sickness or in health, for richer or for poorer..